Saat ini aku menulis tanda ingatanku kepada Yang Maha Mencipta dan Baginda Rasul S.A.W

Bila melihat awan, langit, bumi, lautan mengingatkan aku kepada betapa besarnya Sang Pencipta. Terasa kerdil sekali diri ini bila hendak berdepan dengan Mu. Saat ini juga membuatkan aku menangisi segala kesilapanku yang lalu dan belum mampu aku tinggalkan. Aku mencari sebutir permata untuk ku jadikan cahaya pada jalanku yang gelap ini. Sesungguhnya ujian Allah kepada hambanya terlalu besar dan cukup mengajarku tentang erti kesabaran dan berusaha menjadi lebih baik daripada semalam walaupun ianya terlalu sukar dan memeritkan...

Wednesday, May 6, 2009

penulis, guru dan ...

Assalamualaikum.
Setelah hampir tiga hari alhamdulillah hari ini penulis dapat mencoretkan sedikit coretan kehidupan yang dilalui penulis. Penulis terpanggil untuk berkongsi pengalaman penulis sebagai seorang guru agama. Menajadi seorang guru bukan sekadar mengajar dan memastikan pelajar itu menjadi seorang pelajar yang cemerlang, bahkan lebih daripada itu. Kalaulah semudah itu sudah tentu gurulah orang yang paling bahagia.
Menjadi seorang guru memerlukan seseorang itu bersiap sedia menguasai segala bidang terutamanya guru itu adalah guru agama. Maka tidak hairanlah jika guru itu adalah seorang arkitek, doktor, lawyer,dan sebagainya. Cuma bezanya sebagai seorang arkitek, guru meencana untuk memastikan pelan kehidupan seorang anak murid itu dilukis dengan baik dan direka berdasarkan ciri- ciri dam sahsiah islamiyah. Menjadi seorang guru juga membuatkan seseorang itu tidak dapat lari daripada menjadi seorang doktor yang sentiasa berusaha merawat dan memastikan pelajarnya dalam keadaan yang baik. Tambahan pula penulis amat bersetuju jika dikatakan kebanyakan pelajar- pelajar hari ini yang datang ke sekolah adalah yang sakit jiwanya dan perlu kepada rawatan. Maka gurulah yang menjadi doktor dan saintis untuk merawat kesakitan tersebut. Semuanya tiak cukup jika tidak berdasarkan undang- undang, maka guru adalah orang yang paling banyak membicarakan soal kes salah laku sehingga penulis tersenyum melihat seorang guru disiplin yang menyoal pelajar yang melakukan kesalahan tak ubah seperti peguam yang menyoal tertuduh didalam mahkamah. Maka, penulis amat bersyukur kerana ditakirkan menjadi seorang guru. Namun tanggungjawabnya seorang guru tidak semudah kata- kata dan lajunya pena berbicara bahkan ia lebih daipada itu. Penulis seringkali trharu apabila membaca sajak yang ditulis usman awang berkenaan guru...siapapun yang berjaya diatas dunia ini tidak akan terlepas daripada melalui tangan seorang guru...
Namun, menjadi seorang guru sebenarnya membuatkan seseorang itu terlupa tentang pesanan Allah Taala yang bermaksud ; "Wahai orang- orang yang beriman untuk apalah kamu berbicara tentang perkara yang kamu tidak lakukan, kecelakaanlah kepada mereka yang berbicara tentang perkara yang mereka tidak lakukan." Ya, seorang guru tidak akan terlepas untuk menjadi seorang penasihat kepada anak- anak muridnya..terutamanya jika dia seorang ustaz...sudah tentu seorang ustaz itu akan berbicara tentang dosa dan pahala pada setiap hari belliau mengajar...maka kerana itulah penulis kadang- kadang seakan- akan tidak sanggup untuk menyatakan tentang sesuatu yang penulis sendiri tidak mampu lakukan melainkan dengan memulakannya dengan kata- kata ; 'ustaz nak pesan pada diri ustaz dan diri kamu semua bahawa...' barulah rasa agak lapang sedikit dada apabila berbicara.
Apabila kita bicara tentang siapa guru, suka untuk penulis katakan bahawa dalam pada kita mengajarkan seorang pelajar, guru juga sebenarnya sedang diajar oleh pelajar tentang sesuatu erti kehidupan. Maka setiap saat seorang guru itu mengajar mereka akan memperoleh pengalaman yang baru dan semuanya itu tidaklah dapat diperoleh tanpa adanya seorang 'guru' lain yang bernama pelajar..hehe berfalsafah la pulak...tapi itulah hakikatnya...maka kerana itulah penulis amat bersetuju jika ada pendapat yang menyatakan bahawa guru adalah guru dan guru juga adalah pelajar...
Baiklah, mungkin sekadar ini dahulu penulis dapat mencoretkan sepatah dua kata. Itupun sudah panjang berjela- jela. Semoga kita semua diberkati oleh Allah dan jika anda seorang guru, bekerjalah kerana Allah kerana guru adalah profession yang paling tinggi disisi Allah kerana guru membawa ilmu dan kedudukan orang orang yang berilmu itu diangkat oleh Allah kepada satu darjat yang tinggi...wallahu;alam

Sunday, May 3, 2009

Beruntunglah menjadi seorang pejuang.....

Hujung minggu ini aku penuhi dengan tugasku sebagai seorang guru...kalau dahulu aku sering memenuhi ruang- ruang hujung minggu dengan aktiviti tamrin, perkhemahan sehinggalah ke program- progam motivasi tatkala aku berada di UIAM. walaupun baru 6 bulan aku meninggalkan dunia seorang mahasiswa...kini aku bergelar guru...ya USTAZ...itulah gelaran yang akan aku dengari setiap hari...dari seorang anak kecil di darjah empat sehinggalah ke seorang penduduk kampung yang aku kurang kenali...semuanya memanggilku dengan nama itu...pernah satu ketika aku amat rimas dengan gelaran itu...aku rasakan seolah- olah aku tidak dapat memilih hidupku yang bersahaja...namun kini aku memahami, bahawa gelaran dan status itulah yang membuatkan aku menjadi seorang hamba yang berguna disisi Allah dan agamanya...tiada yang lain melainkan lafaz alhamdulillah... Hari ini aku melihat lambaian adik- adikku daripada UIAM yang daang menyambung tugasku sebagai seorang dai'e ilallah di sekolahku...terima kasih, itulah ungkapan yang aku mampu ucapkan buat mereka atas keikhlasan mereka membimbing pelajar- pelajarku yang amat aku kasihi...dan kedatangan mereka juga membuatkan aku tersentak bahawa tugasku dan perjalananku masih jauh dan aku memerlukan teman- teman untuk bersama- sama mengharungi perjuangan ini. Kini aku mula melangkah kembali saat aku tinggalkan rakan- rakanku di Gombak dan sahabat- sahabatku di DPP Gombak, aku pulang bagaikan seorang anak kecil yang baru belajar merangkak kembali dibumi kelahiranku Taiping... teringat aku akan firman Allah yang mafhumnya; hendaklah ada dikalangan kamu yang pergi menuntut ilmu dan pulang untuk mengajarkan kepada orang dikampung nanti...maka tersemat kembali keazaman yang jitu untuk aku bangkit berjuang kembali tatkala aku baru baru belajar berdiri..alhamdulillah aku kembali mengatur langkah bersama pemuda- pemuda disini, namun aku begitu takut dengan fitnah dunia...terngiang- ngiang ditelingaku..."ustaz, cepalah- cepatlah cari 'teman' barulah tertutup pintu fitnah..." tapi soal itu yang aku takutkan, kedua-duanya...fitnah dan tanggungjawab...cuma persoalannya..siapakah yang akan menjadi 'teman' itu bagi membolehkan aku mencapai mawaddah warrahmah itu...? wallahu'alam..mungkinkah dia...tapi siapa??? yang pasti dialah juga adalah pejuang..kerna itu pesanan musyrifku dan mas'ul ku...namun cukup thiqahkah aku? maka tersenyum ku sendirian mengenangkan kata- kaa ustazah isfadiah, masulku dahulu ketika aku menjadi A... "thiqah minallah..."wallahu'alam...

Tuesday, April 21, 2009

Kerja oh kerja

Hari ini di tempat kerja penulis kecoh dengan bebanan kerja yang diperolehi. Ada yang kata kerja buat dua kali la dan bermacam- macam lagi. Apa yang pasti semuanya menjurus kearah satu silap protes. Golongan senior agak marah dengan sikap junior yang terlalu lurus bentul mengikut kata pentadbir. Ntahlah, penulis sebagai orang yang masih lesen 'L' sememangnya terpaksa melakukannya memandangkan ia bukan sesuatu yang bertentangan dengan prinsip penulis. Kalau ia bertentangan dengan prinsip penulis, sudah barang tentu penulis yang akan jadi 'kepala' melakukan gerakan anti-***********. Apapun ini adalah merupakan pengalaman baru penulis menghadapi suasana realiti tempat kerja yang mencabar. Kadang- kadang penulis seakan merasakan diri sebagai seorang kerani sedangkan penulis adalah merupakan seorang guru. Maka barulah penulis sedar betapa susahnya kerja dan besarnya pengorbanan guru. Kalau orang kata kerja guru itu senang maka penulis menjemput dengan segala hormatna untuk mengisi dan memohon jawatan ini. Kerja formalnya di sekolah 8 jam tapi dirumah belum selesai. Iri hati pula penulis apabila melihat rakan- rakannya yang pulang dengan slamba dari pejabat dan dapat melakukan aktiviti peribadi dengan tenang. Maka penulis begitu kagum dengan guru dan tiada yang lebih layak kepada seorang guru selain daripada 'terima kasih'

Apa kata Hanipa tentang krisis perundangan di Perak

Zambry perolehi perintah yang tidak laku
Mohamed Hanipa Maidin
Mon | Apr 20, 09 | 10:36:22 pm MYT

Pembaca ruangan ini masih bertanya kepada saya adakah dua perintah perisytiharan yang dikeluarkan Mahkamah Persekutuan pada 15 April lalu bahawa penggantungan Zambry dan enam exconya oleh Speaker Perak dibatalkan membolehkan mereka menghadiri sidang DUN Perak nanti.
Iklan




Jawapan saya adalah tidak! Berikut adalah alasan-alasan saya.

a. Apa yang diperolehi oleh Zambry dan enam exconya hanyalah perintah deklarasi (perisytiharan) semata-mata. Tidak lebih dari itu. Di dalam undang-undang perintah deklarasi yang diperolehi oleh Zambry dan enam exconya tidak membawa apa-apa makna kerana perintah deklarasi tidak mempunyai kuasa pemaksaan (coercive force).

Pakar undang-undang Pentadbiran, Prof M.P Jain secara jelas menyatakan:

"A declaration merely declares what the legal rights of the concerned parties are. A declaratory order has no coercive force as such nor does it quash any decision which may have been taken by an administrative authority."

(Perintah deklarasi hanya sekadar satu perisytiharan hak pihak-pihak yang terbabit dari segi perundangan. Perintah deklarasi tidak mempunyai kuasa pemaksaan (memaksa seseorang mengikut perintah tersebut). Perintah tersebut juga tidak memadam, membatalkan atau mengenepikan sebarang keputusan yang dibuat oleh mana-mana pihak berkuasa pentadbiran.)

b. Memandangkan Zambry dan enam exconya hanya memperolehi perintah deklarasi, perintah tersebut tidak meletakkan sebarang tanggung jawab (impose an obligation) ke atas Sivakumar untuk mematuhinya kerana dari segi rekod di dalam DUN di Perak, perintah penggantungan tersebut masih wujud selagi tidak dipadam oleh Mahkamah (not quashed by the court).

Untuk memudahkan kefahaman umum, saya berikan contoh berikut:

Kita ambil satu kes misalnya seorang menyaman Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) kerana mengekalkan nama di dalam kad pengenalannya sebagai Ali bin Abu sedangkan beliau mendakwa telah menukar agama dan memohon namanya ditukar kepada John Abraham.

Katakan beliau meminta satu perintah deklarasi bahawa tindakan atau keputusan JPN yang tidak menukar namanya kepada John Abraham adalah tidak sah.

Katakan Mahkamah bersetuju dengan beliau dan mengisytiharkan bahawa keputusan atau tindakan JPN adalah tidak sah dan Mahkamah juga mengisytiharkan nama beliau adalah John Abraham. Maka persoalan yang timbul adalah, adakah JPN wajib menukar namanya kepada John Abraham selepas beliau mendapat perintah perisytiharan tersebut?

Dari segi undang-undang, JPN tidak wajib menukar namanya kepada John Abraham kerana Mahkamah hanya mengisytiharkan tindakan JPN adalah tidak sah tanpa memerintahkan nama Ali bin Abu dipadam dan ditukar kepada John Abraham.

JPN hanya wajib menukar nama Ali bin Abu kepada John Abraham jika pemohon mendapat perintah 'certiorari' iaitu perintah mengenepikan/memadam (quash) keputusan JPN tersebut dan selanjutnya perintah mandamus iaitu perintah mengarahkan JPN menukar nama beliau dari Ali bin Abu kepada John Abraham.

Selagi tidak ada perintah 'certiorari' dan perintah mandamus tersebut maka nama beliau akan kekal di dalam kad pengenalan sebagai Ali bin Abu meskipun Mahkamah mengisytiharkan namanya John Abraham.

c. Dalam konteks kes Zambry lwn Sivakumar apa yang sepatutnya peguam Umno buat adalah selain mendapatkan perintah perisytiharan (deklarasi) bahawa penggantungannya tidak sah, Zambry juga sepatutnya memohon Mahkamah mendapatkan perintah-perintah berikut iaitu perintah 'certiorari' iaitu perintah mengenepikan atau memadam keputusan Sivakumar yang menggantung beliau dan enam exconya, dan juga perintah mandamus iaitu perintah meminta Sivakumar menbenarkan beliau dan enam exconya hadir ke dalam sidang DUN Perak.

d. Tanpa perintah 'certiorari' dan mandamus tersebut maka perintah perisytiharan yang Zambry dan enam exconya perolehi dari Mahkamah adalah satu perintah yang tidak membawa apa-apa kesan ke atas Sivakumar. Berhadapan dengan perintah seperti itu Sivakumar dengan tenang akan menjawab begini: "So what!"

Mungkin pembaca ingin bertanya mengapa Zambry dan enam exconya tidak memohon perintah 'certiorari' dan mandamus sebaliknya hanya memohon perintah perisytiharan sahaja.

Ada dua sebab mengapa mereka tidak berbuat demikian.

Sebab Pertama adalah peguam Zambry sendiri secara jelas mengakui semasa penghujahan di Mahkamah Persekutuan bahawa Zambry tidak boleh memohon perintah 'certiorari' dan mandamus kerana kedua-dua perintah tersebut tidak boleh dipohon di dalam kes ini disebabkan doktrin pengasingan kuasa (separation of powers).

Dengan lain perkataan peguam Zambry mengakui bahawa berdasarkan doktrin pengasingan kuasa, Mahkamah tidak boleh memerintah Sivakumar sebagai Speaker untuk sama ada memadamkan keputusannya atau membenarkan Zambry masuk dan hadir di dalam persidangan DUN Perak.

Hatta jika kita lihat kepada 10 perintah yang Zambry pohon kesemuanya adalah perintah berbentuk perisytiharan sahaja. Malahan Mahkamah juga tidak membenarkan perintah perisytiharan supaya beliau dan enam exconya untuk masuk, menghadiri dan mengambil bahagian di dalam sidang DUN Perak.

Sebab kedua adalah Zambry dan enam exconya telah tersalah memilih prosedur Mahkamah. Jika beliau ingin memohon perintah 'certiorari' dan mandamus, beliau perlu membuat permohonan semakan kehakiman di bawah Aturan 53 Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi 1980 dan bukannya melalui Saman Pemula seperti yang mereka buat.

Memandangkan mereka telah tersalah prosedur maka mereka dengan berat hati terpaksa berpuas hati dengan perintah perisytiharan yang tidak membawa apa-apa makna.

Atas dasar itu juga peguam Sivakumar juga telah berhujah bahawa perintah perisytiharan yang Zambry pohon sebenarnya tidak membawa apa-apa faedah dan meminta Mahkamah tidak melayan perintah-perintah yang dipohon oleh Zambry tersebut.

Hujah peguam Sivakumar adalah berasaskan apa yang dinyatakan di dalam kes Fan Yew Teng vs Government of Malaysia di mana Mahkamah telah menerima pakai apa yang dinyatakan oleh Erskine May di dalam buku Parlimentary Procedure (17th Edition) di mana penulis telah menyatakan:

"The decisions of the court are not accepted as binding the house in matters of privilege, nor the decision of the House by the courts."

(Keputusan Mahkamah tidak diterima sebagai mengikat Parlimen atau DUN di dalam perkara menyentuh keistimewaan, begitu juga keputusan Parlimen atau DUN tidak mengikat Mahkamah.)

Mengapa? Mungkin pembaca bertanya mengapa Mahkamah membenarkan juga perintah yang tidak berfaedah tersebut? Jawapan mudah saya adalah ia hanyalah perintah untuk mengambil hati Umno. Perumpamaan yang mudah, ia adalah ibarat hadiah saguhati kerana menyertai pertandingan.

Jenis Umno ini, kita beri mereka wang satu sen pun mereka melonjak gembira sedangkan satu sen boleh beli apa?

Seperkara lagi yang saya perlu kongsi di sini adalah mengenai sidang DUN di bawah pokok yang diadakan pada 3 Mac 2009. Isu keabsahan (validity) persidangan di bawah pokok tersebut juga merupakan salah satu isu yang dirujuk oleh Zambry ke Mahkamah Persekutuan di bawah Perkara 63 Perlembagaan Negeri Perak.

Isu yang dirujuk adalah sama ada sidang bawah pokok pada 3 Mac 2009 adalah sah apabila ianya dibuat tanpa perkenan Sultan Perak.

Selepas mendengar hujah peguam Zambry dan peguam Sivakumar, Mahkamah Persekutuan memutuskan untuk tidak membuat apa-apa keputusan terhadap isu keabsahan sidang DUN di bawah pokok pada 3 Mac 2009 tersebut. Secara tersirat kita boleh menyimpulkan bahawa Mahkamah bersetuju bahawa sidang DUN di bawah pokok adalah sah.

Memandangkan tiada perintah Mahkamah yang membatalkan keputusan sidang bawah pokok, Umno terpaksa menerima hakikat berikut:

a. Persidangan DUN di bawah pokok telah mengesahkan (endorsed) keputusan Sivakumar yang menggantung Zambry dan enam exconya selama 18 bulan dan 12 bulan.

b. Dengan pengesahan tersebut maka keputusan penggantungan tersebut adalah sah dan masih mengikat Zambry dan enam exconya yang lain.

c. Di dalam samannya Zambry mengatakan keputusan Sivakumar adalah tidak sah kerana keputusannya tidak disahkan oleh DUN Perak. Memandangkan sidang DUN Perak pada 3 Mac 2009 telah mengesahkan keputusan Sivakumar yang dibuat pada 18 Februari 2009 dan memandangkan Mahkamah Persekutuan tidak membuat apa�apa keputusan yang mengisytiharkan sidang bawah pokok adalah tidak sah, maka keputusan DUN Perak di bawah pokok adalah sah dan mengikat Zambry serta enam exconya.

d. Apa yang Mahkamah putuskan hanya melibatkan keputusan Sivakumar pada 18 Februari dan bukannya keputusan DUN Perak pada 3 Mac 2009.

Kesimpulannya Umno hanya dapat perintah Mahkamah yang tidak membawa apa-apa faedah.

Nota: Hanipa Maidin ialah Pengerusi Lajnah Undang-undang dan Hak Asasi Manusia PAS Pusat dan ahli panel penasihat undang-undang, Menteri Besar Perak, Dato' Seri Ir Mohamad Nizar Jamaluddin.- tajdid_

Sunday, April 19, 2009

Bila Ng berkata

Baru- baru ini penulis meluangkan masa melihat- lihat kereta kegemarannya Proton Juara untuk dibeli. Hampir satu taiping dicarinya akhirnya ketemu jua setelah beberapa hari mencari. Setibanya di kedai kereta terpakai tersebut maka penulis pun mencuba untuk memandu kereta idamannya itu. Ternyata kereta tersebut terlalu kemas buatannya dan stabil walaupun fizikalnya agak tinggi. Bagi yang mempunyai daya kreativitibentul luaran taiada masalah kerena anda boeh menjadikan ia seperti sebuah mini alphard. Adapun begitu yang menjadi perhatian penulis ialah perbualan penulis dengan pemilik kedai tersebut berkenaan piiihanraya kecil bukit gantang.

Penulis : Macam mana busineess sekarang bos?

NG : Kurang sikit la cikgu. Politik pun sudah jadi tak stabil.

Maka penulis pun bertayakan lebih lanjut berkenaan pendapat beliau berkenaan politik negeri Perak terutamanya di Taiping. Menurut Ng; "sepuluh orang customer yang datang kedai saya semua marah dengan BN sebab rampasan kuasa yang dilakukan." Maka sembang- sembang itu pun berlaruta dari perihal kereta sehinggalah perbincangan politik. Sembang punya sembang rupa-rupanya barulah penulis tahu rupa- rupanya Ng adalah salah seorang ahli jawatankuasa PIBG sekolah aliran cina di Simpang yang mendapat sumbangan 1 juta ringgit pada PRK baru- baru ini. Menurut Ng lagi Muhyiddin tidak ada hak untuk memarahi pengundi cina disitu yang digambarkan sebagai tidak berterima kasih memandangkan sudah 50 tahun kebajikan mereka diabaikan. Katanya lagi bila bangunan dah nak runtuh baru mai itupun sebab pilihanraya. Beliau turut mengulas berkenaan kebijaksaan pengundi- pengundi di kawasan tersebut yang tidak mudah termakan hasutan dan 'sogokan' BN walaupun bernilai jutaan ringgit. Katanya sambil berseloroh; "orang bagi kita sapu tapi undi ikut apa yang dapat menjamin masa depan kita (dirujuk kepada pakatan rakyat). Beliau menyatakan 10 bulan PR memerintah telah menunjukkan prestasi yang begitu baik dan tidak ada sebab untuk tidak memilih PR. Ng menegaskan keputusan pilihan raya kali ini merupakan petanda yang jelas terhadap penipuan UMNO dan BN kepada rakyat. Peruntukan yang dipohon daripada kerajaan untuk memperbaiki infrastruktur sekolah yang sepatutnya dapat RM 30 ribu tetapi yang sampai kepada sekolah hanya 3 ribu. Persoalan beginilah yang menyebabkan rakyat hilang kepercayaan kepada kerajaan BN.

Setelah beberapa ketika maka penulis dan NG kembali ke kedai dan perbincangan berkenaan kereta diteruskan dengan penulis rasa berpuas hati dengan informasi yang diperolehinya. Di dalam hati penulis berbisik; 'kalau aku jadi beli kereta ni ada jugak kenangan pertama aku untuk masyarakat..sambil tersenyum.." penulis amat gembira kerana tujuan membeli kereta itu diisi dengan cerita tentang perjuangan hak rakyat. Sebenarnya masih banyak yang diperbualkan namun penulis tidak berniat untuk mendedahkan kesumuanya mungkin atas faktor ketepatan isu dan fakta.

Perak oh perak

Kalau tidak silap kemelut pergolakan politik di negeri Perak sudah hampir mencecah dua bulan usianya. Kalau si bayi yang kecil sudah tentu sudah ada perkembangannya namun berbeza dengan krisis politik di negeri yang kucintai ini. Pencabulan hak diantara kuasa legislative dan executive melalui lagak seorang 'barua' di dalam kerajaan negeri yang menggunakan kedudukannya sebagai SUK begitu memualkan. Undang- undang ciptaan manusia ini sudah tidak dihiraukan lagi. Semuanya berasaskan kepada rules of will and desire. Seolah- olah undang-undang itu terletak di dalam hawa nafsu dan kehendak semata- mata. Maka dengan sebab inilah penulis melihat golongan ini menolak mentah- mentah hukum hudud yang telah diperintahkan oleh Allah. Memanglah kalau dengan perangai dan sikap begini apa jua undang- undang pun tidak akan berguna. Justeru penulis menyeru agar pihak yang terlalu rakus dan tamakkan kuasa (seharusnya dijelaskan disini bahawa pihak tersebut ialah UMNO dan BN)ini dapat menggunakan akal dan kewarasan mereka kerana kesannya adalah kepada rakyat. Pulangkanlah hak kami dan biarkan kami yang menentukannya. Hidup Rakyat!

Salam Untuk Semua

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah atas keluangan masa yang Allah berikan untuk saya mencoretkan kembali sesuatu untuk tatapan kalian dan juga sebagai medan memperbaiki dan memperkemaskan lagi hasil karya tulisan berbentuk isu semasa, politik dan lain- lain aspek yang berkait rapat dengan kehidupan semasa kini dan selamanya. Syukur juga diucapkan atas kesudian kalian melawati dan bersama- sama memberikan buah fikiran serta pandangan demi pemangunan masyarakat dan negara keseluruhannya. Apa yang menjadi matlamat penulisan ini hanyalah untuk mencari keredhaan Allah S.W.T dengan mengenengahkan dan memperjuangkan keadilan dan hak kepada semua individu tidak mengira bangsa, agama dan usul keturunan. Semoga usaha yang dilakukan oleh diriku ini dapat juga memperbanyakkan lagi medium suara rakyat untuk diketengahkan dan disampaikan kepada pihak- pihak yang tertentu. Sesungguhnya tidak ada yang lebih bermakna daripada melihat senyuman dan kegembiraan seluruh rakyat Malaysia apabila segala hak dan kpentingan mereka terbela.