Saat ini aku menulis tanda ingatanku kepada Yang Maha Mencipta dan Baginda Rasul S.A.W

Bila melihat awan, langit, bumi, lautan mengingatkan aku kepada betapa besarnya Sang Pencipta. Terasa kerdil sekali diri ini bila hendak berdepan dengan Mu. Saat ini juga membuatkan aku menangisi segala kesilapanku yang lalu dan belum mampu aku tinggalkan. Aku mencari sebutir permata untuk ku jadikan cahaya pada jalanku yang gelap ini. Sesungguhnya ujian Allah kepada hambanya terlalu besar dan cukup mengajarku tentang erti kesabaran dan berusaha menjadi lebih baik daripada semalam walaupun ianya terlalu sukar dan memeritkan...

Wednesday, May 6, 2009

penulis, guru dan ...

Assalamualaikum.
Setelah hampir tiga hari alhamdulillah hari ini penulis dapat mencoretkan sedikit coretan kehidupan yang dilalui penulis. Penulis terpanggil untuk berkongsi pengalaman penulis sebagai seorang guru agama. Menajadi seorang guru bukan sekadar mengajar dan memastikan pelajar itu menjadi seorang pelajar yang cemerlang, bahkan lebih daripada itu. Kalaulah semudah itu sudah tentu gurulah orang yang paling bahagia.
Menjadi seorang guru memerlukan seseorang itu bersiap sedia menguasai segala bidang terutamanya guru itu adalah guru agama. Maka tidak hairanlah jika guru itu adalah seorang arkitek, doktor, lawyer,dan sebagainya. Cuma bezanya sebagai seorang arkitek, guru meencana untuk memastikan pelan kehidupan seorang anak murid itu dilukis dengan baik dan direka berdasarkan ciri- ciri dam sahsiah islamiyah. Menjadi seorang guru juga membuatkan seseorang itu tidak dapat lari daripada menjadi seorang doktor yang sentiasa berusaha merawat dan memastikan pelajarnya dalam keadaan yang baik. Tambahan pula penulis amat bersetuju jika dikatakan kebanyakan pelajar- pelajar hari ini yang datang ke sekolah adalah yang sakit jiwanya dan perlu kepada rawatan. Maka gurulah yang menjadi doktor dan saintis untuk merawat kesakitan tersebut. Semuanya tiak cukup jika tidak berdasarkan undang- undang, maka guru adalah orang yang paling banyak membicarakan soal kes salah laku sehingga penulis tersenyum melihat seorang guru disiplin yang menyoal pelajar yang melakukan kesalahan tak ubah seperti peguam yang menyoal tertuduh didalam mahkamah. Maka, penulis amat bersyukur kerana ditakirkan menjadi seorang guru. Namun tanggungjawabnya seorang guru tidak semudah kata- kata dan lajunya pena berbicara bahkan ia lebih daipada itu. Penulis seringkali trharu apabila membaca sajak yang ditulis usman awang berkenaan guru...siapapun yang berjaya diatas dunia ini tidak akan terlepas daripada melalui tangan seorang guru...
Namun, menjadi seorang guru sebenarnya membuatkan seseorang itu terlupa tentang pesanan Allah Taala yang bermaksud ; "Wahai orang- orang yang beriman untuk apalah kamu berbicara tentang perkara yang kamu tidak lakukan, kecelakaanlah kepada mereka yang berbicara tentang perkara yang mereka tidak lakukan." Ya, seorang guru tidak akan terlepas untuk menjadi seorang penasihat kepada anak- anak muridnya..terutamanya jika dia seorang ustaz...sudah tentu seorang ustaz itu akan berbicara tentang dosa dan pahala pada setiap hari belliau mengajar...maka kerana itulah penulis kadang- kadang seakan- akan tidak sanggup untuk menyatakan tentang sesuatu yang penulis sendiri tidak mampu lakukan melainkan dengan memulakannya dengan kata- kata ; 'ustaz nak pesan pada diri ustaz dan diri kamu semua bahawa...' barulah rasa agak lapang sedikit dada apabila berbicara.
Apabila kita bicara tentang siapa guru, suka untuk penulis katakan bahawa dalam pada kita mengajarkan seorang pelajar, guru juga sebenarnya sedang diajar oleh pelajar tentang sesuatu erti kehidupan. Maka setiap saat seorang guru itu mengajar mereka akan memperoleh pengalaman yang baru dan semuanya itu tidaklah dapat diperoleh tanpa adanya seorang 'guru' lain yang bernama pelajar..hehe berfalsafah la pulak...tapi itulah hakikatnya...maka kerana itulah penulis amat bersetuju jika ada pendapat yang menyatakan bahawa guru adalah guru dan guru juga adalah pelajar...
Baiklah, mungkin sekadar ini dahulu penulis dapat mencoretkan sepatah dua kata. Itupun sudah panjang berjela- jela. Semoga kita semua diberkati oleh Allah dan jika anda seorang guru, bekerjalah kerana Allah kerana guru adalah profession yang paling tinggi disisi Allah kerana guru membawa ilmu dan kedudukan orang orang yang berilmu itu diangkat oleh Allah kepada satu darjat yang tinggi...wallahu;alam

Sunday, May 3, 2009

Beruntunglah menjadi seorang pejuang.....

Hujung minggu ini aku penuhi dengan tugasku sebagai seorang guru...kalau dahulu aku sering memenuhi ruang- ruang hujung minggu dengan aktiviti tamrin, perkhemahan sehinggalah ke program- progam motivasi tatkala aku berada di UIAM. walaupun baru 6 bulan aku meninggalkan dunia seorang mahasiswa...kini aku bergelar guru...ya USTAZ...itulah gelaran yang akan aku dengari setiap hari...dari seorang anak kecil di darjah empat sehinggalah ke seorang penduduk kampung yang aku kurang kenali...semuanya memanggilku dengan nama itu...pernah satu ketika aku amat rimas dengan gelaran itu...aku rasakan seolah- olah aku tidak dapat memilih hidupku yang bersahaja...namun kini aku memahami, bahawa gelaran dan status itulah yang membuatkan aku menjadi seorang hamba yang berguna disisi Allah dan agamanya...tiada yang lain melainkan lafaz alhamdulillah... Hari ini aku melihat lambaian adik- adikku daripada UIAM yang daang menyambung tugasku sebagai seorang dai'e ilallah di sekolahku...terima kasih, itulah ungkapan yang aku mampu ucapkan buat mereka atas keikhlasan mereka membimbing pelajar- pelajarku yang amat aku kasihi...dan kedatangan mereka juga membuatkan aku tersentak bahawa tugasku dan perjalananku masih jauh dan aku memerlukan teman- teman untuk bersama- sama mengharungi perjuangan ini. Kini aku mula melangkah kembali saat aku tinggalkan rakan- rakanku di Gombak dan sahabat- sahabatku di DPP Gombak, aku pulang bagaikan seorang anak kecil yang baru belajar merangkak kembali dibumi kelahiranku Taiping... teringat aku akan firman Allah yang mafhumnya; hendaklah ada dikalangan kamu yang pergi menuntut ilmu dan pulang untuk mengajarkan kepada orang dikampung nanti...maka tersemat kembali keazaman yang jitu untuk aku bangkit berjuang kembali tatkala aku baru baru belajar berdiri..alhamdulillah aku kembali mengatur langkah bersama pemuda- pemuda disini, namun aku begitu takut dengan fitnah dunia...terngiang- ngiang ditelingaku..."ustaz, cepalah- cepatlah cari 'teman' barulah tertutup pintu fitnah..." tapi soal itu yang aku takutkan, kedua-duanya...fitnah dan tanggungjawab...cuma persoalannya..siapakah yang akan menjadi 'teman' itu bagi membolehkan aku mencapai mawaddah warrahmah itu...? wallahu'alam..mungkinkah dia...tapi siapa??? yang pasti dialah juga adalah pejuang..kerna itu pesanan musyrifku dan mas'ul ku...namun cukup thiqahkah aku? maka tersenyum ku sendirian mengenangkan kata- kaa ustazah isfadiah, masulku dahulu ketika aku menjadi A... "thiqah minallah..."wallahu'alam...