Saat ini aku menulis tanda ingatanku kepada Yang Maha Mencipta dan Baginda Rasul S.A.W

Bila melihat awan, langit, bumi, lautan mengingatkan aku kepada betapa besarnya Sang Pencipta. Terasa kerdil sekali diri ini bila hendak berdepan dengan Mu. Saat ini juga membuatkan aku menangisi segala kesilapanku yang lalu dan belum mampu aku tinggalkan. Aku mencari sebutir permata untuk ku jadikan cahaya pada jalanku yang gelap ini. Sesungguhnya ujian Allah kepada hambanya terlalu besar dan cukup mengajarku tentang erti kesabaran dan berusaha menjadi lebih baik daripada semalam walaupun ianya terlalu sukar dan memeritkan...

Tuesday, August 10, 2010

Ramadhan Kembali Lagi...

Alhamdulillah syukur kehadrat Allah Taala atas nikmat dan kurniaannya...Alhamdulillah kerana menemukan penulis dengan Ramadhan...teringat kembali Ramadhan- ramadhan yang lalu...semoga Ramadhan kali ini lebih baik daripada Ramadhan yang lepas...

Penulis sangat menginsafi keadaan diri yang umpama berada di atas perahu kecil yang sentiasa dipukul ombak...dalam mendayung menuju ke daratan penulis sentiasa dipukul badai ombak...semoga kita menjadi insan yang tabah menghadapi dan memanfaatkan Ramadhan yang indah...

Wednesday, August 4, 2010

Kembali merangkak menitiskan dakwat dari pena hati.

Alhamdulillah setelah sekian lama menyepi. Penulis kembali menemui tenaga dan semangat yang hilang dihembus angin khayalan di dalam sebuah kehiduoan. Kini penulis berada di negeri bawah bayu dalam rangka persiapan menjadi seorang guru. Berbagai pengalaman dan peristiwa yang telah penulis alamai dalam tempoh menyepi. Cukuplah penulis katakan bahawa pengalaman yang dipandu akal dan wahyu sahajalah yang mampu menerangi jalan kehidupan mendatang. Penulis kadang- kadang kaget dengan dilema yang terpaksa dihapai dalam setiap langkah kehidupan yang dijejakinya. Namun penulis sedar betapa hidup adalah merupakan satu pilihan. Kita tidak seharusnya berhenti daripada terus melangkah hanya kerana takut dan buntu membuat pilihan. Apa yang mampu penulis katakan adalah pilihan perlu dibuat, namun ia perlu ditimbang dengan penuh waspada dan berhati- hati agar ia tidak mengikut kehendak hati yang buta berpandukan nafsu yang tidak bermata...cukuplah sekadar catatan ringkas penulis untuk kali ini...sekian