Saat ini aku menulis tanda ingatanku kepada Yang Maha Mencipta dan Baginda Rasul S.A.W

Bila melihat awan, langit, bumi, lautan mengingatkan aku kepada betapa besarnya Sang Pencipta. Terasa kerdil sekali diri ini bila hendak berdepan dengan Mu. Saat ini juga membuatkan aku menangisi segala kesilapanku yang lalu dan belum mampu aku tinggalkan. Aku mencari sebutir permata untuk ku jadikan cahaya pada jalanku yang gelap ini. Sesungguhnya ujian Allah kepada hambanya terlalu besar dan cukup mengajarku tentang erti kesabaran dan berusaha menjadi lebih baik daripada semalam walaupun ianya terlalu sukar dan memeritkan...

Wednesday, September 29, 2010

Manis yang membahagiakan...

Hari ini segala- galanya manis. Bermula daripada madu yang amat manis sehinggalah ke tapai yang manis. Seakan segala kepahitan hilang dalam keadaan tiba- tiba. Ia datang dengan satu senyuman yang manis dan tenang. Tiada kata- kata manis yang mampu aku ungkapkan selain daripada mengucapkan semanis kesyukuran dan terima kasih kepada yang manis. Ternyata sesuatu yang manis itu tidak memerlukan kepada segunung gula pasir ataupun semangkuk nira yang manis. Cukuplah ia datang dari hati yang manis penuh keikhlasan. Apapun dalam merasai kemanisan janganlah dilupa bahawa setiap yang manis itu akan sesekali menjadi tawar dan pahit bukan untuk menyakitkan, namun sebagai penawar kesakitan dan membuatkan diri lebih menghargai kemanisan dalam kehidupan.

Mungkin anda ada sesuatu yang manis yang dapat kita kongsikan. Ataupun sesuatu yang pahit untuk kita renungkan. Semuanya sebagai ramuan dalam mematangkan kehidupan yang teramat manis.

Sekian dulu salam sayang daripada manis kepada yang manis.

Sunday, September 26, 2010

i'm back to school...

Hari ini hari pertama selepas 12 minggu aku menjalani Latihan Mengajar (LM) dan perasaan begitu berat sekali maklumlah jiwa sudah mula selesa dengan keadaan di sekolah. Justeru susasana pembelajaran sebagai pelajar yang duduk di dalam kelas mendengar kuliyyah terasa berat sekali. Namun ini adalah keperluan yang perlu aku penuhi. Demi menamatkan kursus yang berbaki kurang daripada sebulan sahaja lagi.

Disinilah kesabaran dan ketenangan perlu ditingkatkan bagi mengawal diri daripada terpalit dengan desakan luar dan dalam yang mungkin menyempitkan laluanku yang sebelum ini terbuka luas.

Apapun suasana hari ini begitu menarik kerana aku merasakan sewaktu melangkah masuk kedalam perhimpunan rasmi, aku bagaikan pelajar baru yang dilihat dan dipandang oleh rakan- rakan pelatih yang lain. Mungkin dalam hati mereka berkata..."

"Alah ada balik muka mereka ni..!"

"Aik siapa oran ni berjambang...cikgu ke?"

"Opss no komen.."

Begitulah yang mungkin berada di dalam benak hati dan pemikiran para pelajar yang lain. Walau apa juga yang diperkatakan itulah hakikatnya manusia... Tidak semua pandangan orang lain kepada kita buruk dan tidak semua pandangan itu adalah baik..

Jadi aku mulakan dengan minggu ini sebagai laungan... i'm back to school =)

Aku dan statusku single...

Sendiri...Single...Solo... ya, itulah gelaran dan status yang sinonim dengan ku dan mungkin ramai lagi...bagi yang masih berusia muda...status itu mungkin tiada berapa kesan dihati kerana

"perjalanan masih jauh.."

"malas fikirlah..."

"belum ada yang berkenan dihati.."

"ëeee takutlah.."

dan mungkin bermacam2 lagi yang menggambarkan pendirian dan hak masing- masing...

Namun bagi yang telah berumur dan meningkat dewasa menghampiri angka 30 keatas, status itu sesekali menekan jiwa. Ada yang meneruskan untuk tidak meneruskan usaha memenuhi kehendak diri untuk mempunyai pasangan hidup serta menafikan kehendak hati...Ada juga yang terus berusaha mencari dan mencari namun terus dibelenggu seribu satu halangan...jawapan yang mudah ialah belum ada JODOH... dan ramai yang mudah menyebutkan...

"belum ada JODOH.."

älah...susah nak cari yang ngam dihati.."

"Asyik aku je yang terhegeh2..."

"Sapalah yang mahu denganku...?"

"Perempuan sekarang memilih.."

Adakah soal memilih itu menjadi suatu yang sukar... Ia tidak semudah kata- kata... namun ia tidak sesukar memotong besi dengan tangan..

Bagi aku pula, aku tak menafikan ramai yang berkenan dihati dan cuba aku hampiri, namun inilah jawapan yang selalu aku terima sehingga membuatkan diriku tergolong dalam status ini...

"Awak terlalu sempurna untuk saya..."persoalannya sempurnakah aku?

"Awak terlalu baik untuk saya.."persoalannya baik sangatkah aku?

"Maaf saya tidak percaya muka awak ni tak ada teman wanita.."persoalannya hensome ke aku atau muka aku ini memang muka yang mudah mendapat teman wanita?

"Awak ni mesti da kawen kan..?"persoalannya masa bilakah aku berkahwin?

"Maaf saya tak mahu fikir lagi...kalau awak sanggup tunggu-tunggulah..ada jodoh tidak kemana.."persoalannya memang ku sanggup menunggu kerana itu lambang sebuah oengorbanan tapi apakah tanda janji mu yang boleh ku pegang sebagai bukti kesetiaanku...

"Saya amat tidak layak untuk awak..."persoalannya adakah anda yang tidak layak atau sebenarnya kata sinis bahawa aku yang tidak layak dengan anda...

"Carilah orang lain..."persoalannya kalau semua suruh cari orang lain matilah aku..

Hahaha...itulah sebenarnya hakikat kehidupan...yang pasti jodoh pertemuan, ajal maut semuanya telah ditentukan. Namun sebagai hamba Allah kita harus berusaha kerana seperti firmanNya yang mafhumnya; Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaun selagi mana ia tidak mengubah nasibya sendiri...bak kata nenek- nenek ku

"Tuah takkan datang bergolek.."Sampah kot yang datang bergolek...

"Untung mesti dicari.."rugi goyang kakilah

"Adakah sama jam yang dijual diluar cermin dengan jam yang disimpan di dalam cermin dan sukar dicapai?.."

Sekelumit dedikasi buat insan bernama wanita...

"jadilah seperti intan di dalam bekas kaca yang sukar di sentuh dan hanya orang yang mampu boleh memilikiNya.."

tapi janla tebal2 sangat kaca tu...kang hentuk dengan batu pun tak pecah...sekadar humor..

Begitulah alkisahnya..aku dan statusku single...

Friday, September 24, 2010

Aku dan dia...

25hb September 2010...
Segenggam janji yang berusia bayi terus ku genggam erat...biar beribu batu...ia tetap akan menjadi janji setia... kurang dari 24 jam jarak itu akan makin bertambah... pelukan rindu itu terus membisu...tidak sesekali ia menggugat dan menggoyahkan perasaanku walaupun sesekali aku menanti janji untuk ku dengar suara yang tidak pernah kudengari itu menitipkan sepatah dua sebagai tanda untukku berlapang dada... Tidak sesekali kan ku rasa gundah dan goyah dengan bisikan- bisikan halus yang cuba mengotori janji setia diantara kita...apa yang pasti ia adalah sebulat janji...

Kepada yang kutujukan dendangan irama puisi hati ini...ku harapkan kau selamat dan bahagia sentiasa dipelihara oleh Allah S.W.T... Walaupun perjalanan ini menjajikan seribu suka dan duka..namun kan ku tempuh demi janji bersaksikan yang Esa...





طوبى لمن شغله عيبه عن عيوب الناس

هل قول : « طوبى لمن شغله عيبه عن عيوب الناس » حديث عن النبي صلى الله عليه وسلم وهل قول : « يبصر أحدكم القذاة في عين أخيه وينسى الجذع في عينه » حديث نبوي أيضاً، وإن كانا ثبتا عن النبي صلى الله عليه وسلم فما فائدتهما الاجتماعية ؟
قول : « طوبى لمن شغله عيبه عن عيوب الناس » جزء من حديث مرفوع رواه البيهقي في [شعب الإيمان، ج7 ص 355] ،والقضاعي في [مسند الشهاب، ج1 ص 358] ، والديلمي الهمذاني في [الفردوس بمأثور الخطاب، ج2 ص 447 مختصراً] ،وذكره الهيثمي في [مجمع الزوائد، ج10 ص 229]، والحديث عن أنس بن مالك قال : خطبنا رسول الله صلى الله عليه وسلم على ناقته الجدعاء فقال في خطبته : «يا أيها الناس كأن الحق فيها على غيرنا وجب ،وكأن الموت فيها على غيرنا كتب، وكأن الذي يشيع من الأموات سَفَرٌ عما قليل إلينا راجعون، نبوئهم أجداثهم ونأكل تراثهم كأنا مخلدون بعدهم، نسينا كل موعظة، وأمنا كل حائجة، طوبى لمن شغله عيبه عن عيوب الناس ... ».
وقد عقَّب أبو بكر الهيثمي في مجمع الزوائد عليه قائلاً : « رواه البزار ،وفيه النصر بن محرز وغيره من الضعفاء » .
وذكره العجلوني في [كشف الخفاء، ج2 ص59] وعلَّق عليه قائلاً : « رواه الديلمي عن أنس مرفوعًا .قال النجم : وتمامه : (وأنفق الفضل من ماله ،ووسعته السنة ،ولم يعدل عنها إلى البدعة). وفي الباب عن الحسن بن علي وأبي هريرة. قال في التمييز : وأخرجه البزار عن أنس مرفوعًا بإسناد حسن » .
وذكره الحافظ الذهبي في [سير أعلام النبلاء، ج13 ص 557] ،وعقب عليه قائلاً : « هذا حديث واهي الإسناد، فالنضر قال أبو حاتم : مجهول. والوليد لا يعرف، ولا يصح لهذا المتن إسناد » .
ومما سبق نعلم أن علماء الحديث اختلفوا في نسبة ذلك الحديث إلى النبي صلى الله عليه وسلم فهناك من صححه، وهناك من ضعفه، وعلى القول بضعفه، فقد اتفقوا على أن الحديث الضعيف يعمل به في فضائل الأعمال مع الضوابط المذكورة عند المحدثين في ذلك، ولا شك أن الحديث يحث على فضائل الأعمال والأخلاق، ولذا فقد اتفق علماء المسلمين على صحة معناه لموافقته مكارم الأخلاق والزهد.
وأما قول النبي صلى الله عليه وسلم : « يبصر أحدكم القذاة في عين أخيه وينسى الجذع في عينه » فهذا حديث رواه ابن حبان في [صحيحه، ج13 ص 73]، والبيهقي في [شعب الإيمان، ج5 ص 311]، والبخاري في [الأدب المفرد ، في موضعين : مرة بلفظ يبصر، ج1 ص 207، ومرة بلفظ يرى ج1 ص 305]، والمنذري في [الترغيب والترهيب، ج3 ص 167].
قال أبو نعيم الأصبهاني في [حلية الأولياء، ج4 ص 99] بعد أن ذكره : « غريب من حديث يزيد تفرد به محمد بن حمير عن جعفر. وصححه ابن حبان » .
ونقل الحافظ المناوي تضعيفه وتحسينه في (فيض القدير ،ج6 ص 457).
فالحديث اختلف فيه المحدثون بين الصحة والضعف، وعلى أية حال فإن الضعيف يؤخذ به في فضائل الأعمال كما ذكرنا، ولا شك أن معناه صحيح وموافق لأصل الشريعة وفضائل الأخلاق، فمعناه متفق عليه بين الأمة كلها.
وفي الحديثين يضع النبي صلى الله عليه وسلم منهجًا للإصلاح في المجتمع، ويضع دلائل لكل من يدعي الإصلاح في المجتمع ليتأكد أصادق هو في رغبته في الإصلاح ؟ أم أنه يريد أن يمارس نوعًا من النفوذ والتأثير في الآخرين وهو لا يدري ؟ فإذا انشغل بعيوب الناس وأهمل أمر نفسه، فلابد أن يراجع نفسه، ويعود إلى إصلاح نفسه، فإذا صلحت نفسه يبدأ بالأقرب فالأقرب، ومن خالف هذا المنهج القويم تصدق عليه تلك الأبيات المنسوبة للإمام الشافعي :


يا أيها الرجل المعلم غيره هلا لنفسك كان ذا التعليمُ

تصف الدواء لذي السقام من الضنى كيما يصح به وأنتم سقيمُ

لا تنه عن خلق وتأتي مثلــه عار عليك إذا فعلت عظيمُ

ابدأ بنفسك فانهها عن غيّها فإذا انتهت عنه فأنت حكيمُ

فهناك يقبل ما تقول و يقتــدي بالقول منك وينفع التعليــمُ


فكل ذلك يرسخ قيمة أولوية الإصلاح في المجتمع، فعلى الإنسان أن يبدأ بنفسه إن كان صادقًا في رغبته في الإصلاح، فإن صلحت نفسه يصلح الأقرب فالأقرب حتى ينصلح المجتمع المسلم، رزقنا الله الصلاح والإصلاح في أنفسنا وأهلينا وذرياتنا، وآخر دعوانا أن الحمد لله رب العالمين.
والله تعالى أعلى وأعلم

Pukulan Curi...serangan yang merebahkanku...

Pertarungan aku dengan sikap meninggi diri manusia dan sikap selesa menekan insan lain ternyata memaksa aku menjadi agressif...namun aku masih mempunyai rasa rendah diri dan menghormati golongan ini...tatkala aku bertempur di medan peperangan aku mengajak kepada pendamaian...kerana persengketaan bukanlah dapat memuaskan hati kedua- dua pihak lantas dengan rendah diri aku mengajak kepada pendamaian dan seperti yang selalu aku lalui salam pendamaian disambut dengan tikaman curi yang membuatkan aku terpaksa bertongkatkan semangat dan harapan daripada mereka yang ku tinggalkan jauh.

Saat itu aku tiada bersenjata, hatiku lapang selapang-lapangnya kerana mengharapkan pendamaian akan menyelesaikan segala sengketa...namun dendam manusia ternyata hampir merebahkanku...saat ku melutut menahan kesakitan sempat ku lirikkan mataku melihat mereka yang tersenyum menikamku seakan puas tergambar diwajahnya...keadaanku yang merawang kekurangan darah itu sempat ku jeling satu wajah yang begitu sinonim denganku berdiri bersama manusia yang telah menikamku curi...aku hanya mampu bertahan menanti bala tenteraku...bukan untuk ku balas kerana aku memegang janji pendamaian...biar ku undur dan ku lihat apakah mainan kotor ini akan berlanjutan...dan sejauh mana mereka puas dengan permainan ini..

Thursday, September 23, 2010

Aku dan Praktikum

Esok...24hb September 2010 jam 1140pagi adalah garis pemisah antara aku dan kau(praktikum)...Setelah tempoh hampir 12 minggu kita bersama melakar dan mencoretkan segala kisah suka dan duka bersama akhirnya masa yang dinanti telah tiba...inilah suratan dan ketentuan takdir...Walaupun terdapat seribu kisah luka namun biarlah ku simpan ia di dalam peti... Cukuplah sekadar ku simpan kenangan manis sepanjang aku berada di Sekolah Kebangsaan Penagatan. Banyak yang telah aku belajar, dari meletakkan diri sebagai guru yang menepati garis dan kehendak kementerian, sehinggalah aku sengaja mengubah dan menguji reaksi dan tindakan daripada pihak atasan jika terdapat seorang guru yang tidak menepati kehendak kementerian. Semuanya aku lakukan adalah bukan untuk ku ukirkan nama, namun sebagai jalan serta cara untuk aku mengutip pengalaman dan menjadikan ia sebagai satu pengalaman yang amat berguna tatkala aku bergelar guru sebenar...pelik? ya memang pelik apabila semua yang buruk itu disengajakan. Kerana aku memang pelik... Biarpun ada mata yang menjeling sinis dan mulut yang mengumat- ngamit sendiri aku tetap diriku yang hakikatnya tahu baik dan buruk...Tidakkan ku lupa sama sekali layanan dan sikap ramah mesra setiap individu yang berada di sekolah tersebut sepanjang aku menjadi keluarga angkat mereka. Tunjuk ajar, nasihat, dan teguran akan ku simpan sebagai kenangan yang akan ku gaulkan dengan segala pengalaman untuk dijadikan dan diabdikan sebagai hamba Allah yang berkhidmat mendidik anak bangsa keranaNya...Alhamdulillah dan barakallahufiikum.

Pelayaranku dan pelabuhannya...

Kalam syukur tidak sesekali dapatku ungkapkan dengan kata- kata bila pelayaran yang penuh onak dan duri akhirnya tiba dipinggir pelabuhan. Seawalnya aku seakan terpinga- pinga apabila dapat melihat pelabuhan yang begitu indah pemandangannya dan begitu bersih serta suci...seakan ku ingin menitiskan air mata bila segala keperitan yang ku alami, kelaparan, penghinaan, ombak dan badai akhirnya berakhir dengan sebuah destinasi yang tak putus- putus merakamkan zikir kesyukuran kepada Mu Ya Allah... Ternyata dia... amat istimewa... dan dia Engkau temukan dengan diriku dalam saat aku sudah hampir berputus asa...Sesungguhnya sifat rahim Mu amat hebat sehingga aku menitiskan air mata kesyukuran di bulan syawal ini...Walaupun ianya sekadar menggenggam janji tanpa bertemu jasad dan memeluk rindu dalam bisu nikmatnya ku rasa terlalu hebat...Alhamdulillah. Itu sahaja yang mampu ku katakan...

Bila hati dilabuhkan...

Dalam meniti hari- hari sebagai seorang hamba Allah yang hina. Aku seakan mahu mencuri sedikit ruang yang sempit ini untuk mencari sebuah kasih dan sayang. Kasih sayang daripada seorang wanita. Tatkala aku melabuhkan hati di pelabuhan rindu ini aku seakan rasa menyendiri...dihempas angin bayu yang seakan memukulku agar ku sedari, nota penantian yang ku terima seakan hanya satu mimpi...benarkah pelabuhan ini yang dimaksudkan. Atau aku seakan menanti tanpa sebarang jawapan yang pasti. Namun ku yakin dengan nota yang ku terima ini. Sesekali ku merenung jauh di seberang lautan manakan tahu ada disana yang melambai- lambai tanda menghargai sebuah pengembaraan hati sufi mencari secebis cinta untuk dijadikan isteri. Namun lautan bukan sejengkal mata memandang, tetapi sejauh hati ku baling ia tetap tidak sampai jua kedaratan. Aku kembali merenung nota ini...adakah benar nota penantian ini...hatiku yang ku labuhkan disini adakah dihargai...itulah jawapan yang ku nanti..teringat aku akan kata guruku...sabar itu guru yang akan mengajarmu pengertian kehidupan tanpa dirimu menyedari...semoga ini pelabuhan yang dimaksudkan...

Kembali Meniti..

Sebuah perjalanan yang terlalu agung mencari cinta yang hakiki...namun semakin hari langkahku seakan menjauhi daripada kegembiraan dan impian yang aku impikan. Bila sendirian aku semakin kuat menangisi akan kesilapan masa lalu dan kegagalan membentuk diri yang masih lagi bergelumang dengan dosa dan maksiat. Mungkin kerana ini juga aku terasa seakan tidak tenang sama sekali bahkan aku terlalu rindukan suara merdu yang mendamaikan sebuah taman yang cukup indah dan tenang... Kesilapan masa lalu seakan hari ini juga ingin ku tebus namun aku sedari bahawa aku telah tersesat jauh. Jiwaku pasti akan meronta jika aku merentap dengan tiba- tiba untuk mencari jalan yang abadi.
Langkahku masih jauh...tetapi tumpuan ku tetap satu mencari Yang Abadi.. Sesungguhnya aku terlalu banyak bersalah dan aku perlu memujuk perlahan jiwaku yang telah dinodai ini untuk kembali menuruti ku mencari cahaya yang benar...