Saat ini aku menulis tanda ingatanku kepada Yang Maha Mencipta dan Baginda Rasul S.A.W

Bila melihat awan, langit, bumi, lautan mengingatkan aku kepada betapa besarnya Sang Pencipta. Terasa kerdil sekali diri ini bila hendak berdepan dengan Mu. Saat ini juga membuatkan aku menangisi segala kesilapanku yang lalu dan belum mampu aku tinggalkan. Aku mencari sebutir permata untuk ku jadikan cahaya pada jalanku yang gelap ini. Sesungguhnya ujian Allah kepada hambanya terlalu besar dan cukup mengajarku tentang erti kesabaran dan berusaha menjadi lebih baik daripada semalam walaupun ianya terlalu sukar dan memeritkan...

Saturday, December 25, 2010

Berhembus angin malam...

Berhembus angin malam...mencengkam...

aku tersenyum sendirian mengenangkan kenangan2 lalu terutamanya ketika aku berada di Sabah.. sesungguhnya sebauh pertemuan dan ikatan silaturrahim itu begitu indah bila ia dibina atas dasar taqwa kepada Allah Taala...

Agak lama juga aku tidak mencoretkan kata- kata di sini...bukan tiada apa yang mahu ditulis, namun jari jemariku seakan kaku dihembus angin malas dek keresahan dan kegusaran menanti jawapan penempatan bagi guru- guru lepasan KPLI-SR Jan 2010... Ku terasa seakan sebentar tadi melalui minggu suai kenal dan sebentar tadi beramah mesra dengan rakan taulan serta mereka yang kukenali..namun semuanya tinggal kenangan yang menjadi ruang kosong untuk diisi dengan perhubungan dan persahabatan yang lebih indah sehingga akhir hayat...

Teringat akan sebaris ayat Kalamullah yang mafhumnya...

"dan kami jadi kamu berbangsa- bangsa serta puak untuk saling berkenalan diantara satu sama lain..."

Hmmm...apapun langkah harus terus walaupun terpaksa meninggalkan cebisan kisah- kisah yang lalu sebagai pedoman dimasa hadapan...

Jika ada yang teluka...ku mohon sejuta kemaafan...
Jika ada yang gembira...ku harap disimpan sebagai kenangan...
Jika ada yang menangis...ku hadiahkan sutera buat menahan titisan air mata...
Jika ada yang ketawa...ku mohon maaf jika ketawa itu boleh melalaikan...
Jika ada yang tersesat jalan...ku mohon kita kembali kepadaNya bersam- sama...

Walaubagaimanapun hanya satu yang ku doa...semua dirahmati Allah Taala...

dan debaran menunggu posting terus menghantui diriku...hingga saat itu tiba...

anyway...All da BesT!!!


Saturday, December 11, 2010

Program eAl-Quran (Belajar Al-Quran Online)

Bagi memanfaatkan dunia ICT kearah yang diredhaiNya. Saya menawarkan program eAl-Quran (Belajar Al-Quran Online) secara talaqqi dan musyafahah menerusi online. Jika berminat sila berhubung terus dengan saya di Fb (Mukhlis Is) @ email: ustazmukhlis@gmail.com

Program ini adalah program yang memanfaatkan penggunaan penghubung rangkaian online seperti yahoomessenger, skype dan lain- lain. usah ragu dan tunggu... perkemaskan bacaan dan perbaiki bacaan dengan program ini.

Syarat- syarat :
1. Anda adalah seorang muslim.
2. Bersungguh2 ingin belajar al-Quran @ Iqra'.
3. Mempunyai senaskhah al-Quran @ Jilid2 Iqra'.
4. Mempunyai ym atau skype (anda bolleh create akaun secara mudah melalui carian dan muat turun di internet)
5. Adalah digalakkan bagi mereka yang ingin memperkemas@mengulang@memperbaiki bacaan.


Friday, December 3, 2010

Selepas beberapa ketika..ia kembali...

Hari ini aku nak menulis juga walaupun sebaris... tapi nampak seperti berbaris- baris. Setelah satu tempoh yang agak lama akhirnya ia datang kembali... kestabilan diri, rasa mual dan blur kembali menegur dan menyapa... semuanya hanya kerana satu perkara.. Mr. Migrain... how do you do? hahaha... aku hanya mengharapkan MR. Migrain dapat disemadikan dengan tenang...sesungguhnya ia terlalu menyakitkan Mr.. apapun aku bersyukur kerana sakit adalah merupakan kifarah dan penyucian kepada dosa2 kecilku..alhamdulillah.. namun terdetik dihati bahawa ajal dan maut bila2 masa boleh menjemputku...semoga aku dapat sampai ke penghujung jalan dalam keadaan yang kembali suci dan bersih...amin...