Saat ini aku menulis tanda ingatanku kepada Yang Maha Mencipta dan Baginda Rasul S.A.W

Bila melihat awan, langit, bumi, lautan mengingatkan aku kepada betapa besarnya Sang Pencipta. Terasa kerdil sekali diri ini bila hendak berdepan dengan Mu. Saat ini juga membuatkan aku menangisi segala kesilapanku yang lalu dan belum mampu aku tinggalkan. Aku mencari sebutir permata untuk ku jadikan cahaya pada jalanku yang gelap ini. Sesungguhnya ujian Allah kepada hambanya terlalu besar dan cukup mengajarku tentang erti kesabaran dan berusaha menjadi lebih baik daripada semalam walaupun ianya terlalu sukar dan memeritkan...

Sunday, February 16, 2014

Usang & Bersawang

Kalau rumah, 3 hari ditinggalkan kosong pasti ada makhluk lain yang datang menumpang... blog andai ditinggalkan kosong begini pasti bukan sahaja bersawang dan nampak usang bahkan habuknya boleh dibuat bantal seperti bantal kekabu.. apa yang pasti ruang ini seakan-akan buntu untuk ku isi. Coretan ini pun mungkin sekadar mampu menyapu daun- daun kering dilaman...

Terlalu banyak perkara yang berlaku sehinggakan jari jemariku menggelingkan kepala tidak mampu untuk menanggungnya jika ingin ko tuliskan... namun semua yang berlaku adalah kehendak dan ketentuanNya. Setiap yang berlaku penuh dengan hikmah dan pengajaran untuk masa hadapan...

Apa yang pasti keampunan dan rahmat Allah yang diburu. Kerana destinasi cinta abadi hanya apabila dapat bertemu dengan Nya di akhirat nanti. Selama ku menyepi, terlalu banyak dendam dan kesumat yang terpaksa ku tepis dan tangkis. Sifat iri hati dan tikam menikam sesekali mendatangkan luka. Ilmu yang dituntut sepanjang perguruan sesekali tumpul dan tidak berkesan. Mujurlah azimat-azimat dan bekalan yang tersurat daripada Mahaguru mampu digunakan. Persoalannya sampai bilakah harus berada di medan yang jijik dan angkuh ini? Tidakkah ada penat dan lelah untuk sentiasa mewujudkan pertarungan?

Maka tidak hairanlah rumah tinta ini sekian lama tidak terusik. Masakan tidak, menjenguk pun tidak ada kesempatan khuatir ada tusukan-tusukan dan pukulan curi dek kelekaan... Semoga laman ku hari ini kembali menghijau jikalau sebelum ini ditutupi dengan daun-daun kering. Semoga nanti ada pula kesempatan untukku sapu dan hilangkan sawang dan habuk di lot banglo ku ini. Dipersimpangan, ku ucapkan sehingga berjumpa lagi. Adios!

No comments:

Post a Comment