Saat ini aku menulis tanda ingatanku kepada Yang Maha Mencipta dan Baginda Rasul S.A.W

Bila melihat awan, langit, bumi, lautan mengingatkan aku kepada betapa besarnya Sang Pencipta. Terasa kerdil sekali diri ini bila hendak berdepan dengan Mu. Saat ini juga membuatkan aku menangisi segala kesilapanku yang lalu dan belum mampu aku tinggalkan. Aku mencari sebutir permata untuk ku jadikan cahaya pada jalanku yang gelap ini. Sesungguhnya ujian Allah kepada hambanya terlalu besar dan cukup mengajarku tentang erti kesabaran dan berusaha menjadi lebih baik daripada semalam walaupun ianya terlalu sukar dan memeritkan...

Saturday, March 22, 2014

Campak...buang.

Campak dan dicampak lumrah biasa dalam kehidupan manusia...bahkan campak agak sinonim dengan kata buang. Kebiasaannya sesuatu barang itu dicampak dan dibuang kerana derasakan tiada nilai lagi. Kata orang daripada menyemak baik campakkan saja. Namun bukan semua jenis campak kerana tidak berguna lagi, tetapi ada juga campak yang dilakukan hanya kerana iri hati dan dendam. Sudahlah dicampak umpama sampah, bahkan dicampak pula jauh kononnya tidak mahu bertemu lagi. Tetapi kalau yang di campak itu manusia dan bernyawa nescaya ia akan menjadi mimpi ngeri dan episod hitam dalam diri orang yang mencampakkan itu. Mimpi yang akan menghantui tidur dan sedarnya dia... xapalah Allah kan Ada. DIA YANG MAHA BERKUASA.Pasti akan tiba saatnya nanti...

Saturday, March 8, 2014

Semuanya Rancangan Allah..

Bila masuk sahaja berita tentang kehilangan MH370 terus jantung hatiku berdegup kencang tatkala pengangkutan udara adalah merupakan satu-satunya pilihan yang aku gunakan setiap kali ingin kembali ke desa halaman. Tuntas hadir dalam fikiranku, seakan tidak mahu lagi menaikinya...Namun, terkenangkanku bahawa betapa diriku ini adalah hamba. Tiada kuasa. YANG MAHA BERKUASA hanyalah Allah Taala. Sebaik- baik perancang adalah ALLAH. Maka redha dan tawakkal adalah selayaknya pada diri seorang hamba...No Fear kerana Allah Kan Ada...:)

Friday, February 28, 2014

Menyelak lembaran lalu...

Satu demi satu lembaran silam ku selak. Mencari andainya ada sesuatu yang dapat kuingati... berdengus ku sendiri... hmmm nyata terlalu banyak yang ku lupa. Berat kepalaku bila sesekali ku memaksa agar ingatanku itu kembali.... akhirnya ku pasrah bahawa ku perlu membuka kembali lembaran yang lalu dan harus ku teliti kembali satu persatu. Harus ku hadamkan ia. Harusku pasakkan ia didalam ingatan. Bukan untukku takabburkan tapi untuk ku dekatkan dengan Yang Maha Kuasa. Supaya ku dapat tundukkan segala kesombongan dan menjelaskan segala kekhilafan.
Ternyata apabila apabila ku berada dalam lingkungan yang tidak terlalu memerlukan perahan otakku segalanya semakin hilang. Sebelum hilang semuanya harusku letakkan jaring dan kail. Agar dapat ku kutip sisa-sisanya. Ayuhlah akal kita menyelak kembali lembaran2 ilmu akhirat agar diriku dapat kembali berada diatas landasan... aduhai ilmu, kau adalah cahaya semoga kau terus menyinari hati yang semakin gelita....

Monday, February 17, 2014

Di Awangan

Hari ini ku terasa bagai diawangan... perut yang diisi dengan angin telah membuatkan ku seakan bertebangan menanti makanan untuk ku lapikkan...

Hari ini surat pengesahan ku juga berada diawangan dek kerana momok yang menyimpannya...mungkin dirasakan dengan mengapungkan ia dapat membuatkan diriku takut dan gerun... Tunggulah saat ku ruqyahkan...

Ku seakan di awangan bila ingatankan kembali ke puncak menara gading. Garden of Knowledge & Virtue... Syukur kerana pernah ku miniti dan mencapai puncaknya...

Apapun jika ku teruskan menulis pasti sekali lagi saat ini aku akan terus keawangan dek bau nasi goreng ayam yang begitu mengancam...

Sehingga bertemu kembali...sayonara...

Sunday, February 16, 2014

Usang & Bersawang

Kalau rumah, 3 hari ditinggalkan kosong pasti ada makhluk lain yang datang menumpang... blog andai ditinggalkan kosong begini pasti bukan sahaja bersawang dan nampak usang bahkan habuknya boleh dibuat bantal seperti bantal kekabu.. apa yang pasti ruang ini seakan-akan buntu untuk ku isi. Coretan ini pun mungkin sekadar mampu menyapu daun- daun kering dilaman...

Terlalu banyak perkara yang berlaku sehinggakan jari jemariku menggelingkan kepala tidak mampu untuk menanggungnya jika ingin ko tuliskan... namun semua yang berlaku adalah kehendak dan ketentuanNya. Setiap yang berlaku penuh dengan hikmah dan pengajaran untuk masa hadapan...

Apa yang pasti keampunan dan rahmat Allah yang diburu. Kerana destinasi cinta abadi hanya apabila dapat bertemu dengan Nya di akhirat nanti. Selama ku menyepi, terlalu banyak dendam dan kesumat yang terpaksa ku tepis dan tangkis. Sifat iri hati dan tikam menikam sesekali mendatangkan luka. Ilmu yang dituntut sepanjang perguruan sesekali tumpul dan tidak berkesan. Mujurlah azimat-azimat dan bekalan yang tersurat daripada Mahaguru mampu digunakan. Persoalannya sampai bilakah harus berada di medan yang jijik dan angkuh ini? Tidakkah ada penat dan lelah untuk sentiasa mewujudkan pertarungan?

Maka tidak hairanlah rumah tinta ini sekian lama tidak terusik. Masakan tidak, menjenguk pun tidak ada kesempatan khuatir ada tusukan-tusukan dan pukulan curi dek kelekaan... Semoga laman ku hari ini kembali menghijau jikalau sebelum ini ditutupi dengan daun-daun kering. Semoga nanti ada pula kesempatan untukku sapu dan hilangkan sawang dan habuk di lot banglo ku ini. Dipersimpangan, ku ucapkan sehingga berjumpa lagi. Adios!