Saat ini aku menulis tanda ingatanku kepada Yang Maha Mencipta dan Baginda Rasul S.A.W

Bila melihat awan, langit, bumi, lautan mengingatkan aku kepada betapa besarnya Sang Pencipta. Terasa kerdil sekali diri ini bila hendak berdepan dengan Mu. Saat ini juga membuatkan aku menangisi segala kesilapanku yang lalu dan belum mampu aku tinggalkan. Aku mencari sebutir permata untuk ku jadikan cahaya pada jalanku yang gelap ini. Sesungguhnya ujian Allah kepada hambanya terlalu besar dan cukup mengajarku tentang erti kesabaran dan berusaha menjadi lebih baik daripada semalam walaupun ianya terlalu sukar dan memeritkan...

Saturday, December 11, 2010

Program eAl-Quran (Belajar Al-Quran Online)

Bagi memanfaatkan dunia ICT kearah yang diredhaiNya. Saya menawarkan program eAl-Quran (Belajar Al-Quran Online) secara talaqqi dan musyafahah menerusi online. Jika berminat sila berhubung terus dengan saya di Fb (Mukhlis Is) @ email: ustazmukhlis@gmail.com

Program ini adalah program yang memanfaatkan penggunaan penghubung rangkaian online seperti yahoomessenger, skype dan lain- lain. usah ragu dan tunggu... perkemaskan bacaan dan perbaiki bacaan dengan program ini.

Syarat- syarat :
1. Anda adalah seorang muslim.
2. Bersungguh2 ingin belajar al-Quran @ Iqra'.
3. Mempunyai senaskhah al-Quran @ Jilid2 Iqra'.
4. Mempunyai ym atau skype (anda bolleh create akaun secara mudah melalui carian dan muat turun di internet)
5. Adalah digalakkan bagi mereka yang ingin memperkemas@mengulang@memperbaiki bacaan.


No comments:

Post a Comment