Saat ini aku menulis tanda ingatanku kepada Yang Maha Mencipta dan Baginda Rasul S.A.W

Bila melihat awan, langit, bumi, lautan mengingatkan aku kepada betapa besarnya Sang Pencipta. Terasa kerdil sekali diri ini bila hendak berdepan dengan Mu. Saat ini juga membuatkan aku menangisi segala kesilapanku yang lalu dan belum mampu aku tinggalkan. Aku mencari sebutir permata untuk ku jadikan cahaya pada jalanku yang gelap ini. Sesungguhnya ujian Allah kepada hambanya terlalu besar dan cukup mengajarku tentang erti kesabaran dan berusaha menjadi lebih baik daripada semalam walaupun ianya terlalu sukar dan memeritkan...

Friday, December 3, 2010

Selepas beberapa ketika..ia kembali...

Hari ini aku nak menulis juga walaupun sebaris... tapi nampak seperti berbaris- baris. Setelah satu tempoh yang agak lama akhirnya ia datang kembali... kestabilan diri, rasa mual dan blur kembali menegur dan menyapa... semuanya hanya kerana satu perkara.. Mr. Migrain... how do you do? hahaha... aku hanya mengharapkan MR. Migrain dapat disemadikan dengan tenang...sesungguhnya ia terlalu menyakitkan Mr.. apapun aku bersyukur kerana sakit adalah merupakan kifarah dan penyucian kepada dosa2 kecilku..alhamdulillah.. namun terdetik dihati bahawa ajal dan maut bila2 masa boleh menjemputku...semoga aku dapat sampai ke penghujung jalan dalam keadaan yang kembali suci dan bersih...amin...

No comments:

Post a Comment