Saat ini aku menulis tanda ingatanku kepada Yang Maha Mencipta dan Baginda Rasul S.A.W

Bila melihat awan, langit, bumi, lautan mengingatkan aku kepada betapa besarnya Sang Pencipta. Terasa kerdil sekali diri ini bila hendak berdepan dengan Mu. Saat ini juga membuatkan aku menangisi segala kesilapanku yang lalu dan belum mampu aku tinggalkan. Aku mencari sebutir permata untuk ku jadikan cahaya pada jalanku yang gelap ini. Sesungguhnya ujian Allah kepada hambanya terlalu besar dan cukup mengajarku tentang erti kesabaran dan berusaha menjadi lebih baik daripada semalam walaupun ianya terlalu sukar dan memeritkan...

Saturday, October 30, 2010

Aku, Dia dan Seluar Dalam..

Ketika ramai yang membicarakan soal seluar dalam masing- masing, ada dikalangan segelintir manusia gemar membicarakan soal seluar dalam orang lain. Ada yang gemar mengintai dan mengejar untuk mengetahui apakah warna seluar dalam orang lain. Tidak kurang juga mereka yang tidak sengaja terlihat seluar dalam orang lain. Mungkin ada yang ketawa dan ada yang menutup muka namun tak kurang juga yang mengintai disebalik celah jari jemari...Mungkin yang menyimpan untuk semuanya itu menjadi rahsia diri sendiri adalah sesuatu yang menjadi lumrah,kalaupun dengan niat ia antara dia dan Tuhannya. Namun bila kusedari ada juga mereka yang gemar mengintai dan menghebohkan keadaan seluar dalam orang yang diintai atau terlihat, aku mula rimas. Persoalannya mengapakah perlu ia dihebohkan. Kalaupun seorang lelaki itu memakai seluar dalam warna pink sekalipun mengapa perlu dihebahkan. Mungkin jika boleh golongan ini bukan sahaja mahu merenung tajam ke seluar dalam bahkan ingin menelanjangkan terus individu yang menjadi subjeknya. Maka setiap gerak geri yang boleh memungkinkan seluar dalam kita dikenalpasti perlu diawasi. Cuma... ingin ku bertanya, dalam kesebukan individu-individu itu mengintai seluar dalam orang lain apakah dia sedari bahawa dia sebenarnyha terlupa melihat seluar dalamnya sendiri ataupun sebenarnya ia berbogel sambil berteriak untuk memalukan orang yang diperhatikannya? Seharusnya dia atau dia atau dia sendiri yang berasa malu dengan dirinya.... Renunglah pada seluar dalammu dan jagailah maruahmu sebelum kau berpesta jom heboh seluar dalam orang sedangkan engkau bertelanjang...

No comments:

Post a Comment