Saat ini aku menulis tanda ingatanku kepada Yang Maha Mencipta dan Baginda Rasul S.A.W

Bila melihat awan, langit, bumi, lautan mengingatkan aku kepada betapa besarnya Sang Pencipta. Terasa kerdil sekali diri ini bila hendak berdepan dengan Mu. Saat ini juga membuatkan aku menangisi segala kesilapanku yang lalu dan belum mampu aku tinggalkan. Aku mencari sebutir permata untuk ku jadikan cahaya pada jalanku yang gelap ini. Sesungguhnya ujian Allah kepada hambanya terlalu besar dan cukup mengajarku tentang erti kesabaran dan berusaha menjadi lebih baik daripada semalam walaupun ianya terlalu sukar dan memeritkan...

Sunday, October 10, 2010

Tempayan itu kembali tercemar...

Alhamdulillah hari ini kembali aku menulis dan mencoretkan sesuatu... Saat ini aku memikirkan tentang sesuatu yang sukar aku ungkapkan dalam bentuk tulisan.. apapun tatkala menuang air dari tempayan yang sudah diemari aku merenung panjang adakah air yang baru diisi nanti tidak kan tercemar... bila ku tenung tempayan itu hanya mempunyai sekadar satu mulut yang boleh ditutup... maka dengan yakin aku mengatakan bahawa ia tidak akan tercemar..adapun sebelum ini pun mulut tempayan itu sentiasa ku tutup namun terus dicemari... tuntas ku sedari bahawa sesaat ia terbuka pun akan tetap boleh dicemari bukan kerana keadaan tempayan itu, namun acap kali ia tercemar kerana kelekaanku dan kelalaianku selama ini. Justeru aku berazam bahawa air yang bakal ku isi nanti tidak lagi dicemari begitu sahaja dan terpaksa ku buang tanpa sempat ku gunakan dan manfaatkan ia dengan sebaiknya... persoalannya...mampukah aku... kini aku mempunyai sesuatu, azam dan kesungguhan untuk ku jagai ia sebaiknya walaupun ku pasti kesilapan itu mungkin akan berlaku lagi...dan... aku berdoa... dan terus berdoa...

No comments:

Post a Comment