Saat ini aku menulis tanda ingatanku kepada Yang Maha Mencipta dan Baginda Rasul S.A.W

Bila melihat awan, langit, bumi, lautan mengingatkan aku kepada betapa besarnya Sang Pencipta. Terasa kerdil sekali diri ini bila hendak berdepan dengan Mu. Saat ini juga membuatkan aku menangisi segala kesilapanku yang lalu dan belum mampu aku tinggalkan. Aku mencari sebutir permata untuk ku jadikan cahaya pada jalanku yang gelap ini. Sesungguhnya ujian Allah kepada hambanya terlalu besar dan cukup mengajarku tentang erti kesabaran dan berusaha menjadi lebih baik daripada semalam walaupun ianya terlalu sukar dan memeritkan...

Wednesday, September 29, 2010

Manis yang membahagiakan...

Hari ini segala- galanya manis. Bermula daripada madu yang amat manis sehinggalah ke tapai yang manis. Seakan segala kepahitan hilang dalam keadaan tiba- tiba. Ia datang dengan satu senyuman yang manis dan tenang. Tiada kata- kata manis yang mampu aku ungkapkan selain daripada mengucapkan semanis kesyukuran dan terima kasih kepada yang manis. Ternyata sesuatu yang manis itu tidak memerlukan kepada segunung gula pasir ataupun semangkuk nira yang manis. Cukuplah ia datang dari hati yang manis penuh keikhlasan. Apapun dalam merasai kemanisan janganlah dilupa bahawa setiap yang manis itu akan sesekali menjadi tawar dan pahit bukan untuk menyakitkan, namun sebagai penawar kesakitan dan membuatkan diri lebih menghargai kemanisan dalam kehidupan.

Mungkin anda ada sesuatu yang manis yang dapat kita kongsikan. Ataupun sesuatu yang pahit untuk kita renungkan. Semuanya sebagai ramuan dalam mematangkan kehidupan yang teramat manis.

Sekian dulu salam sayang daripada manis kepada yang manis.

No comments:

Post a Comment