Saat ini aku menulis tanda ingatanku kepada Yang Maha Mencipta dan Baginda Rasul S.A.W

Bila melihat awan, langit, bumi, lautan mengingatkan aku kepada betapa besarnya Sang Pencipta. Terasa kerdil sekali diri ini bila hendak berdepan dengan Mu. Saat ini juga membuatkan aku menangisi segala kesilapanku yang lalu dan belum mampu aku tinggalkan. Aku mencari sebutir permata untuk ku jadikan cahaya pada jalanku yang gelap ini. Sesungguhnya ujian Allah kepada hambanya terlalu besar dan cukup mengajarku tentang erti kesabaran dan berusaha menjadi lebih baik daripada semalam walaupun ianya terlalu sukar dan memeritkan...

Thursday, September 23, 2010

Kembali Meniti..

Sebuah perjalanan yang terlalu agung mencari cinta yang hakiki...namun semakin hari langkahku seakan menjauhi daripada kegembiraan dan impian yang aku impikan. Bila sendirian aku semakin kuat menangisi akan kesilapan masa lalu dan kegagalan membentuk diri yang masih lagi bergelumang dengan dosa dan maksiat. Mungkin kerana ini juga aku terasa seakan tidak tenang sama sekali bahkan aku terlalu rindukan suara merdu yang mendamaikan sebuah taman yang cukup indah dan tenang... Kesilapan masa lalu seakan hari ini juga ingin ku tebus namun aku sedari bahawa aku telah tersesat jauh. Jiwaku pasti akan meronta jika aku merentap dengan tiba- tiba untuk mencari jalan yang abadi.
Langkahku masih jauh...tetapi tumpuan ku tetap satu mencari Yang Abadi.. Sesungguhnya aku terlalu banyak bersalah dan aku perlu memujuk perlahan jiwaku yang telah dinodai ini untuk kembali menuruti ku mencari cahaya yang benar...

No comments:

Post a Comment