Saat ini aku menulis tanda ingatanku kepada Yang Maha Mencipta dan Baginda Rasul S.A.W

Bila melihat awan, langit, bumi, lautan mengingatkan aku kepada betapa besarnya Sang Pencipta. Terasa kerdil sekali diri ini bila hendak berdepan dengan Mu. Saat ini juga membuatkan aku menangisi segala kesilapanku yang lalu dan belum mampu aku tinggalkan. Aku mencari sebutir permata untuk ku jadikan cahaya pada jalanku yang gelap ini. Sesungguhnya ujian Allah kepada hambanya terlalu besar dan cukup mengajarku tentang erti kesabaran dan berusaha menjadi lebih baik daripada semalam walaupun ianya terlalu sukar dan memeritkan...

Sunday, September 26, 2010

i'm back to school...

Hari ini hari pertama selepas 12 minggu aku menjalani Latihan Mengajar (LM) dan perasaan begitu berat sekali maklumlah jiwa sudah mula selesa dengan keadaan di sekolah. Justeru susasana pembelajaran sebagai pelajar yang duduk di dalam kelas mendengar kuliyyah terasa berat sekali. Namun ini adalah keperluan yang perlu aku penuhi. Demi menamatkan kursus yang berbaki kurang daripada sebulan sahaja lagi.

Disinilah kesabaran dan ketenangan perlu ditingkatkan bagi mengawal diri daripada terpalit dengan desakan luar dan dalam yang mungkin menyempitkan laluanku yang sebelum ini terbuka luas.

Apapun suasana hari ini begitu menarik kerana aku merasakan sewaktu melangkah masuk kedalam perhimpunan rasmi, aku bagaikan pelajar baru yang dilihat dan dipandang oleh rakan- rakan pelatih yang lain. Mungkin dalam hati mereka berkata..."

"Alah ada balik muka mereka ni..!"

"Aik siapa oran ni berjambang...cikgu ke?"

"Opss no komen.."

Begitulah yang mungkin berada di dalam benak hati dan pemikiran para pelajar yang lain. Walau apa juga yang diperkatakan itulah hakikatnya manusia... Tidak semua pandangan orang lain kepada kita buruk dan tidak semua pandangan itu adalah baik..

Jadi aku mulakan dengan minggu ini sebagai laungan... i'm back to school =)

No comments:

Post a Comment