Saat ini aku menulis tanda ingatanku kepada Yang Maha Mencipta dan Baginda Rasul S.A.W

Bila melihat awan, langit, bumi, lautan mengingatkan aku kepada betapa besarnya Sang Pencipta. Terasa kerdil sekali diri ini bila hendak berdepan dengan Mu. Saat ini juga membuatkan aku menangisi segala kesilapanku yang lalu dan belum mampu aku tinggalkan. Aku mencari sebutir permata untuk ku jadikan cahaya pada jalanku yang gelap ini. Sesungguhnya ujian Allah kepada hambanya terlalu besar dan cukup mengajarku tentang erti kesabaran dan berusaha menjadi lebih baik daripada semalam walaupun ianya terlalu sukar dan memeritkan...

Sunday, September 26, 2010

Aku dan statusku single...

Sendiri...Single...Solo... ya, itulah gelaran dan status yang sinonim dengan ku dan mungkin ramai lagi...bagi yang masih berusia muda...status itu mungkin tiada berapa kesan dihati kerana

"perjalanan masih jauh.."

"malas fikirlah..."

"belum ada yang berkenan dihati.."

"ëeee takutlah.."

dan mungkin bermacam2 lagi yang menggambarkan pendirian dan hak masing- masing...

Namun bagi yang telah berumur dan meningkat dewasa menghampiri angka 30 keatas, status itu sesekali menekan jiwa. Ada yang meneruskan untuk tidak meneruskan usaha memenuhi kehendak diri untuk mempunyai pasangan hidup serta menafikan kehendak hati...Ada juga yang terus berusaha mencari dan mencari namun terus dibelenggu seribu satu halangan...jawapan yang mudah ialah belum ada JODOH... dan ramai yang mudah menyebutkan...

"belum ada JODOH.."

älah...susah nak cari yang ngam dihati.."

"Asyik aku je yang terhegeh2..."

"Sapalah yang mahu denganku...?"

"Perempuan sekarang memilih.."

Adakah soal memilih itu menjadi suatu yang sukar... Ia tidak semudah kata- kata... namun ia tidak sesukar memotong besi dengan tangan..

Bagi aku pula, aku tak menafikan ramai yang berkenan dihati dan cuba aku hampiri, namun inilah jawapan yang selalu aku terima sehingga membuatkan diriku tergolong dalam status ini...

"Awak terlalu sempurna untuk saya..."persoalannya sempurnakah aku?

"Awak terlalu baik untuk saya.."persoalannya baik sangatkah aku?

"Maaf saya tidak percaya muka awak ni tak ada teman wanita.."persoalannya hensome ke aku atau muka aku ini memang muka yang mudah mendapat teman wanita?

"Awak ni mesti da kawen kan..?"persoalannya masa bilakah aku berkahwin?

"Maaf saya tak mahu fikir lagi...kalau awak sanggup tunggu-tunggulah..ada jodoh tidak kemana.."persoalannya memang ku sanggup menunggu kerana itu lambang sebuah oengorbanan tapi apakah tanda janji mu yang boleh ku pegang sebagai bukti kesetiaanku...

"Saya amat tidak layak untuk awak..."persoalannya adakah anda yang tidak layak atau sebenarnya kata sinis bahawa aku yang tidak layak dengan anda...

"Carilah orang lain..."persoalannya kalau semua suruh cari orang lain matilah aku..

Hahaha...itulah sebenarnya hakikat kehidupan...yang pasti jodoh pertemuan, ajal maut semuanya telah ditentukan. Namun sebagai hamba Allah kita harus berusaha kerana seperti firmanNya yang mafhumnya; Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaun selagi mana ia tidak mengubah nasibya sendiri...bak kata nenek- nenek ku

"Tuah takkan datang bergolek.."Sampah kot yang datang bergolek...

"Untung mesti dicari.."rugi goyang kakilah

"Adakah sama jam yang dijual diluar cermin dengan jam yang disimpan di dalam cermin dan sukar dicapai?.."

Sekelumit dedikasi buat insan bernama wanita...

"jadilah seperti intan di dalam bekas kaca yang sukar di sentuh dan hanya orang yang mampu boleh memilikiNya.."

tapi janla tebal2 sangat kaca tu...kang hentuk dengan batu pun tak pecah...sekadar humor..

Begitulah alkisahnya..aku dan statusku single...

No comments:

Post a Comment