Saat ini aku menulis tanda ingatanku kepada Yang Maha Mencipta dan Baginda Rasul S.A.W

Bila melihat awan, langit, bumi, lautan mengingatkan aku kepada betapa besarnya Sang Pencipta. Terasa kerdil sekali diri ini bila hendak berdepan dengan Mu. Saat ini juga membuatkan aku menangisi segala kesilapanku yang lalu dan belum mampu aku tinggalkan. Aku mencari sebutir permata untuk ku jadikan cahaya pada jalanku yang gelap ini. Sesungguhnya ujian Allah kepada hambanya terlalu besar dan cukup mengajarku tentang erti kesabaran dan berusaha menjadi lebih baik daripada semalam walaupun ianya terlalu sukar dan memeritkan...

Monday, October 18, 2010

Betapa sebiji bola itu menjadi saksi...

Selalunya apabila kita bermain bola kita mengharapkan agar kita dapat memberikan yang terbaik. Saat bola berada dikaki kita mengimpikan untuk menggelecek lincak umpama lagenda bola sepak yang terkenal lalu melepaskan satu tendangan kencang sehingga menewaskan lawan dan mengukir seribu satu senyuman keembiraan kepada mereka yang menyokong. Namun hakikatnya apabila bola berada dikaki kita seakan kaku dan bingung bagaimanakah untuk membawa bola ini dengan pantas dan lincah tatkala kemampuan diri tidak seperti yang diimpikan. Lalu dengan selangkah dua larian dan sentuhan manja mata mula melihat kehadapan rupanya lawan yang menunggu bukan alang- alang. Setiap inci pergerakan dituruti dan kita kerap kali bingung sendirian. Namun sedarkah kita bahawa setiap kali bola hinggap di kaki ada rakan sepasukan yang lain menanti untuk membantu meloloskan bola. Nah! Sedarlah kita betapa hidup sendirian dan mementingkan diri pasti akan mengundang lebih banyak halangan. Lantas bola yang masih belum panas dikaki dengan seribu impian gerakan terpaksa dilupakan demi menjadi pemudah cara dan mencapai matlamat kejayaan. Bola itu kita usik dengan tenang kearah teman lalu disambut dengan rasa terima kasih dan rasa tanggungjawab yang akhirnya membolehkan kita membuat larian yang mudah memungkinkan untuk bola itu diloloskan kembali kepada kita ataupun kepada rakan lain yang menanti. Tuntas kita meneruskan larian pantas dengan lambaian yang penuh rasa sedia untuk menanti bola kembali ke kaki sebelum melepaskan sepakan dan tendangan yang pasti akan membuatkan semua yang lain berasa gembira dan berbicara. Sekiranya ia tidak membolosi gawang sekurang- kurangnya ia telah mengiyakan betapa hidup tidak boleh sendiri...Kita pasti tidak akan maju kalau tiada teman yang membantu dan teman serta rakan tidak akan maju sekiranya kita tidak sudi membantu...Tiada yang lebih bermakna walaupun gagal membolosi gawang, namun setiap teman yang sama- sama berjuang dihargai maka ia cukup untuk mengungkap seribu satu kenangan manis bersama...biarpun menangis atas kegagalan kita ada teman yang bersama...namun bagaimana jika sendiri? dan bagaimana jika kita yang menjadi halangan kepada teman sepasukan kerana keangkuhan dan impian kita untuk menggelecek dan bermain seperti seorang lagenda sedangkan ia bagaikan jauh panggang daripada api. Ingatlah betapa Pele tidak akan dijulang tanpa rakan sepasukan. Diego Maradona tidak akan mampu mencipta nama tanpa lorongan dan bantuan teman. dan tiada Allahyarham Mokhtar Dahari tanpa lorongan bola daripada Santokh Sinhk atau Zainal...pernahkah anda melihat jaringan cantik Super Mokh? ia terhasil kerana beliau sedar akan adanya teman dan teman sedar akan hadir dan wujudnya dia serta tidak menggagalkan usahanya untuk kehadapan kerana kita adalah serupa. Mencari, mengejar, dan memburu kejayaan dengan seribu satu jalan dan warna kehidupan.

No comments:

Post a Comment