Saat ini aku menulis tanda ingatanku kepada Yang Maha Mencipta dan Baginda Rasul S.A.W

Bila melihat awan, langit, bumi, lautan mengingatkan aku kepada betapa besarnya Sang Pencipta. Terasa kerdil sekali diri ini bila hendak berdepan dengan Mu. Saat ini juga membuatkan aku menangisi segala kesilapanku yang lalu dan belum mampu aku tinggalkan. Aku mencari sebutir permata untuk ku jadikan cahaya pada jalanku yang gelap ini. Sesungguhnya ujian Allah kepada hambanya terlalu besar dan cukup mengajarku tentang erti kesabaran dan berusaha menjadi lebih baik daripada semalam walaupun ianya terlalu sukar dan memeritkan...

Thursday, November 11, 2010

Bila soalan periksa pun datang HAID.


Bila soalan peperiksaan pun datang haid. Maka mengaduhlah para calon yang merdeka dek cengkaman dan kesakitan perut yang terlampau. Senggugut mula merimaskan dan mengganggu kegembiraan da ketenangan dalam menjalani kehidupan...apapun ini lumrah kehidupan..



Bila soalan peperiksaan pun datang haid. Maka nafsu yang memuncak terpaksa ditangguhkan kerana menuruti aturann dan hukum karma Tuhan. Melanggar merupakan suatu dosa dan kesabaran menanti merupakan suatu pahala. Namun masih ada ruang untuk menggembirakan sang nafsu yang berserakah walaupun tanpa menulusuri lurah biasa dan hanya bermain di taman2 biasa..kerana ia adalah kunci latihan kesabaran...apapun ini lumrah kehidupan...

Bila soalan peperiksaan pun datang haid. Maka emosi para calon yang telah bebas begitu meuncak dengan amarahnya. Jika ada yang tersenyum sinis maka usah dinanti kerana pasti akan dihambur dengan amarah yang tidak menentu. Adapun ia lumrah biasa apabila berbual dengan si hormon yang hanya menjalankan tugasnya. Maka marah itu bukan perlu ditakuti cuma sekadar mengingati betapa hati perlu dijaga dan dihormati...apapun ini lumrah kehidupan...

Bila soalan peperiksaan pun datang haid. Masa untuk kita kumpul kekuatan diri dan memuhasabah diri kerana pasti dan pasti saat suburnya nanti pasti diberikan layanan yang paling istimewa dan terindah demi menanam benih yang diredhai dan diberkati sehingga ke akhir hayat...

kerana...
Inilah lumrah bila soalan peperiksaan pun datang haid...



p/s : nukilan ini saya nukilkan khas bersempena kes pengulangan peperiksaan satu Malaysia kertas ilmu pendidikan untuk KPLI 2010. :)

No comments:

Post a Comment